Monday, December 5, 2011

Si pemalas update blog..

Assalammualaikum

    Kembali dengan rutin yang sangat sibuk... new class new classmate new environment parah jugak otak nak adapt....dulu 8.30 start kelas kul 8 baru mandi 8.20 baru gerak dari rumah sekarang..kul 7 dah start motor.
sampai kolej dalam kul 7.15 pagi pun belum tentu aku orang pertama. kui3..

Minggu ni minggu yang sangat stress dengan hal2 dalaman.. benci pretending like nothing happen but it obviously memang something fishy there.. demm

see how emosi nya aku di twitter... ianya melibatkan kami .. ok seseorang yang bullshit bercerita mengenai kami....siapa kami???

********************************************************************************
sambung nnt lah... lapar<3


 







terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, November 14, 2011

Spaghetti Carbonara

Assalammualaikum..

Hai anak-anak bertemu kembali dalam siaran masak-masak kita
hari ini resepi yang akan di sediakan ialah
spagheti carbonara
ayuhhh.


1. Mayang bawang merah halus2
2. Kentang di potong dadu.
3. Cendawan di potong dadu juga
4. tomato (option)

kalau carbonara elok guna ayam bak kata chef chick
*kalau nak wat bolognese elok daging

satu bungkus pun cukup 

Bukak sampai 5 tapi guna 4 pun dah creamy=) nyum!

Mula-mula sekali :

1. Rebus spaghetti tersebut didalam periuk bersama sedikit garam yer , nak makesure dah masak ke tak
ambik sikit baling kat dinding kalau melekat tu dah boleh tos ye.

Untuk kuah carbonara :

1. tumis bawang dulu yer.. sampai naik bau
2. masukkan ayam ramly dan segala bahan2 ....
3. Masukkan prego tambah sikit air yer.

DAH SIAP... ENJOY!

terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, November 3, 2011

Banyak mana usaha banyak tulah dapat.

Assalammualaikum

Semalam beriya tanak tidur bajet aku orang pertama yang nak cek result kul 9 pagi tu tetibe terlajak
sampai kul 11 pagi.. itu pun lepas abg basha kejut sampai merajuk rajuk sebab aku pentingkan tidur.
Bangun-bangun terus on lappy bukak student portal
alhamdulilah tade pulak jammed mcm sem-sem sebelumnya
dan keputusannya..



firstly, rasa sangat bersyukur kerana semua lulus
dan keduanya agak kecewa tengok pointer turun mendadak...
sem in total terpaksa di delete kerana perasaan yang kecewa membuak-buak

kol kakmai ingat boleh lah ubat perasaan kecewa ni sekali dia leh sound tepek
uwaaaaaaaaaaaa.......
its okay its orite hidup ni kan ups and down
sem depan sem akhir ... aku akan berusaha bersungguh sungguh....
tak tidur pun takpe,,
sumpah kuiz test semua nak pastikan perform!...
insyaallah.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, October 29, 2011

Mistake.



Manusia buat silap
dan belajar dari kesilapan
Bukan belajar dari kesilapan
dengan membuat silap yang sama...








terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, October 28, 2011

Sabtu dah woi!

Assalammualaikum

Harini terbangun awal pula^_^ tehee
kakak pun bangun awal nak gi seminar futures which aku malas nk mampus.
*so aku tk pegi

Bangun-bangun dia bukak tv1
tajuk motivasi harini (Usah Membangau Lagi) .
aku pun cam blur-blur tadi . Bangau ? ape salah si bangau .
tetibe akak aku nyanyi lagu bangau oh bangau.... tahu kan lirik dia at the first place
dia tanya si bangau knp kau kurus then si bangau ni gi salahkan ikan yang taknak timbul dan benda tu rotate lah salah menyalah sampai si ular makan katak..  bunyik cam loser punya lagu tapi memang camtu lah kehidupan.

Tapi jarang ada yang nak jadi macam si ular tu relek jer jawab memang makanan aku. semua prefer jadi ikan,lalang, katak, keje nak salah kan orang lain jer..

Walhal anak buah aku yang umur 2 tahun tu pun pandai tau tunding jari kat orang lain kalau dia buat benda salah...lets say cam semalam aku punye sepit rambut tercabut memang kat tangan dia ah then aku tanya "sape buat cabut tuh?" then dia jawab "Kak itah kak itah" ...kecik-kecik dah pandai....hayoooo. kene bendung dari sekarang ni....
Hah ni time buat salah muke nak innocent je .


Kadang-kadang rumahtangga persahabatan berantakan sebab salah menyalah ni lah apa lah salahnya mengaku thats my fault lets be fren back.. done settle. ni tak melarat-larat ...cam bodo seyh.

Dan kepada anak buah aku yang umur 2 tahun tu behave yourself kayh. kecik-kecik dah pandai jadi bangau babab kang...

p/s: peace with love....
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, October 24, 2011

Melts in your mouth yawy!

Choc lava SR... dang! craving for this !

terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, October 21, 2011

Nak Baby=)

assalammualaikum

Cita-cita aku nak dapatkan 10 orang anak=)
Kenapa nak target sorang dua kalau boleh dapat 10? ye dak hahah
nanti nak nama kan anak 
Diana,Nadia,Dania.
Ok itu untuk 3 anak pertama. kui3 
randomly pegang anak orang dan buat2 macam ibu mithali

Anak buah paling bongsu *Firas Fahrin




p/s: tak sabar nak dukung anak sendiri... akan ku tatang bagai menatang minyak yang penuh... hehe


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, October 20, 2011

Mari Bercuti

Assalammualaikum

Okee harini tetibe terasa nak taip pasal percutian..Kakmai dua minggu lagi gi sabah bercuti dengan kengkawan dia. Aku? heh tinggal lah sensorang kat umah . sangat tidak patut . Here are some place i would like to go :


Cameron Highlands


Last time g CH ni masa darjah 4 kot tak silap itupun sebab ikut rombongan pengawas pusat sumber.
Noob habis. Masa tu lawat ladang teh , beli bunga ros untuk mak . Siryesly, bunga dia sejambak RM5 je ok. Pastu tak sabar nak balik umah tunjuk kat mak sampai umah bunga dah layu. haha.
Wahh i wanna stay here! pagi-pagi berembun sejuk!

Pastu kalau g dengan yang tersayang leh celup2 stoberi dengan coklat ! MARVELLOUS

Pulau Tioman

Next destination I prefer PT pula.. Yang ni minggu lepas rancang dengan kakmai. Lama kot tak lepak pantai aku agak tempat ni agak femes amos gak lah en. Pulau dia masih cantik jernih.

see!see! how cool is this..  Tioman island sangat menakjubkan Subhanallah. Amazing! Kalau dapat jejak sini nak snap picture banyak-banyak! Pastu nak cuba scuba diving dia.

Bandung

haha aku memang sejak dapat sinar baru ni tak habis-habis berangan gi bandung gara-gara termimpi pergi cari baju bertunang kat sana. Memang tak boleh blah punya mimpi!
Tapi cam pretty eksited kot. Mungkin lepas habis diploma nak terbang ke sana =)





terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, October 17, 2011

Senyum Malam.

Assalammualaikum 

10.35 pm
treet..treet 
Satu message masuk 

ohh MMS rupanya..

.
.








Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan....satukan kami..dibawah cintaMu
Alirkan bahagia dalam redhaMu...



p/s: okee sumpah sweet .. haha

terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, October 15, 2011

Cool Sunday

Assalammualaikum

Hari ni kool sangat, baru lepas berpeluh-peluh mengerjakan pengisar injakan dah bakar 30 kalori..
Jap lagi nak keluar mengfoya foya kan diri. Terima kasih kepada kakyong mengizinkan saya mengerjakan
kereta myvi dia untuk satu hari ni. Terasa nak pergi i-city pulak . haha. =)

Okayh harini nak crita sket tentang seorang budak yang suka bajet bagus... bajet macam orang semua suka
sentap dengan dia.. meh sini nak crita kalau dibandingkan apa-apa antara kita rasanya tade benda pun
nak saya jeleskan dengan anda. ok..tak ada!... bukan nak cakap hidup sy sekarang cukup sempurna
tetapi saya suka fikir positif, dan kalau sifat saya yang suka fikir positif dan anda yang suka fikir negatif membuatkan anda fikir yang saya sangat cemburu dengan hidup anda langsung tak... haha kelakar boh kau..

haih kenapa anda suka bodohkan diri sendiri... tak faham betul...

p/s:

terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Sunday, October 9, 2011

Sinar Baru

Assalammualaikum...

Hari ni nak cerita tentang sesuatu yang agak penting... hehe
Ramai pelik dan ramai gile orang msg tanya kenapa relationship aku dah dengan orang lain
adakah aku perempuan yang SENANG?.

Masuk hari ni sudah genap sebulan lebih aku dah tak bersama dengan jieja. yess. No longer at all.
usia perkenalan seseorang itu tak menjamin kebahagiaan mahupun keserasian, ye betul jodoh tu kita kena
jaga tapi kalau memang banyak faktor lain yang tak mengizinkan kami untuk apa di teruskan.

Semenjak kiteorang dah tak berhubung ni kehidupan aku jadi lebih bermakna , aku boleh cakap yang selama ni aku jahil . Sekarang aku dah lebih banyak habiskan masa dengan kawan-kawan dan famili.
memang kadang-kadang orang cakap ..

'Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang'


Macam tu juga apa yang berlaku dalam kehidupan aku sekarang.  Aku masih lagi berani
untuk ambil risiko untuk jatuh cinta dan alhamdulilah aku takkan sia-siakan hubungan yang baru terbina ini . dan insyaallah moga kami berkekalan hingga ke akhir hayat. mungkin terlalu awal kan untuk mengharapkan sesuatu yang besar tapi bagi aku tak salah . Hidup kene sentiasa ada tujuan dan matlamat. Bagi aku kali ni biarlah kali ini betul-betul matlamat aku ke arah itu tade lagi istilah main-main lagi.

My future husband .^_^ mudah-mudahan


*p/s: entry blushing..


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Wednesday, October 5, 2011

*if

...kalau lah aku boleh...kalau.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, September 22, 2011

Dah cecah 20.

Assalammualaikum

Like semua tahu hari selasa lepas was my birthday yang ke-20 okee. oh men im gonna miss u teen!. And kepada 100++ yang wish besday kat fesbuk memang syukur at least ada lagi orang ingat =)
*
Ok dan semalam was damn awesome! aaaa best gilo.

Zuqi ajak ramai-ramai main bowling ,memula aku ingat dekat ampang point so cam relek je lah kan last minute tukar plan gi TS plak, aku ni memang loser sket jalan KL waktu malam so naik lah kereta dengan dia.
Memula sampai main bowling
 Mimi,syafiq,asma,g're,ct nor dan zuki . haha memang tah pape men bowling masuk longkang gelak kuat-kuat dapat strike boo ramai-ramai. *tak adil betul hidup ni.

Lepas main bowling syafiq ajak makan kat Johny's.
ok time ni aku dah rasa semacam , semua macam nak lari dari aku ade yang gi tandas ade yang keluar konon nak jalan-jalan tengok barang ade yang keluar nak cari kawan yang gi tandas lama sangat . tinggal lah aku bertiga dengan siti ngan zuki.

lama gila kot so aku pun  keluar gi beli topap sekali..aaaa dorang rupanya kat luar tengah pasang lilin sumpah cam bodoh aaa i suppose not to go out...muka sekor-sekor time tu dah macam nak cekik aku sampai mati sebab rosakkan suprise tu ha ha ha

kek dia keras sangat ice krim kan bagi pulak pisau plastik

see dah macam nak tikam orang
ok bila lah badan aku nak jadi sebahagian dari mereka ini.


Ok a few moment later, kiteorang decide nak tengok wayang tapi al-malangnya semua cite tak best . So tetibe ade orang cadangkan gi I-city duet wayang tu kumpul tong duit minyak . sumpah super eksited aku ni tah lah memang tak penah jejak i-city tu.

Masa keluar dari gate i-city ni pun dah 1.30 pagi . Pastu otw balik tu singgah kedai mamak steven corner bhai. Makan Nan cheese. Omg sedap gilo cheese dia penuh! panas! empuk!
See a lot of cheese tak masin sangat dan langsung tak jemu. separuh bagi kat budak yang tak pernah kenyang zuki .sebab aku dah full minum air kosong.. =)

Sekarang angka depan umur dah bertukar dari 1 ke 2 , makin lama aku semakin dewasa . dan aku semakin takut... Yaallah semoga kau cucuri rahmat ke atas keluarga ku, ke atas kawan-kawan ku dan moga kau temukan aku jodoh yang baik dan direstui oleh MU. Aminnn~=)
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, August 15, 2011

Move On...


 "Forget the times he walked by, Forget the times he made you cry, 

Forget the times he spoke your name, Remember now your not the same.

 Forget the times he held your hand, Forget the sweet things if you can, 

Forget the times & Don't pretend, Remember now he's just your friend." 
 



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, August 12, 2011

I'am Motivated!

BERAT PALING SESUAI DENGAN TINGGI ANDA

Yezza my ideal weight is 45-51. Current weight sudah mencapai tahap obestiti tahap 3 i guess. =(
tanamkan azam baru ! COME ON MARIAM u can do this!






terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Cukup kental ke?


Assalammualaikum

wah tup tup dah nak masuk 3rd week of ramadhan kan sangat lekas masa berlalu. Then, raya pastu final *take a deep breath*
masa on pesbuk tadi baru prasan ayuni dah tagged gambar aku masa kat kem ritu. hehe thrill gile tak caya tgk:
thats me mum! di atas jambatan gantung sambil menunjukkan simbol peace*

ni gambar dari dekat memang lah nampak tak cuak hang tengok keseluruhan jambatan gantung ni kental tk kental lah kan

see that. dan kita hanya dibenarkan pijak tali yang kat tengah2 tu jer

ohh men mula-mula tu boleh ampun lagi sampai in the middle je dah rasa macam nak pitam macam-macam pikir cmne kalau tetibe tali ni putus .. aaa. masa tu lah ingat balik segala dosa .
but then after get trough memang sangat seronok nak buat lagi ?ermm hiks.okay mybe next time.

However, ni pengalaman paling chill lah dalam hidup aku berjaya mengatasi kegayatan dan memperlihatkan kemachoan ..hehe.

P/s: slamat menyambut bulan ramadhan dun forget refill kembali segala pahala. 






terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, July 21, 2011

Trip to Bukit Merah dem awesome!

Assalammmualaikum

alhamdulilah semua selamat sampai ke rumah masing-masing much tengs to our best pilot and the co-pilot too! i rate u 4.5/5 kerana ke'konfidenan bawak van .

van baru! seronok kerusi pun empuk lagi 
makanan dia pun kira set (set 5 orang RM71.50) murah kan ikan 3 rasa dia sedap sgt!
ini apartment yg kami sewa *3 bilik for only RM160 per night WOW!
ini dinama kan 'us' hehe

oh haah gambar main dekat air tade tk upload lagi.btw, trip ni sangat seronok aku yang kene kira budget ni alhamdulilah semuanya di dalam kawalan. Dekat sini yang bestnya macam-macam aktiviti kita leh buat , ade pulau orang utan ,waterpark..tapi gelongsor dia tk banyak paling thrill pun menatang ni:
boomerang sumpa aku tak naik . gila cuak tengok bebudak lain main .

swimming pool!
banyak dan banyak lagi gambar malas nk upload memanyak tengok saja di muka buku. btw esok pulak kene pergi kem kat dusun eco resort. haii dapat rehat bape jam je. bengang tu ade jugak tapi nk wat camne kan nama pun dah WAJIB. 

sekurang-kurangnya dapat jugak lah buang dan bakar lemak-lemak tepu ini. XD mencik! 
kbai nak packing .


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Sunday, July 17, 2011

Makeup pas wudhuk sah ke??

Assalammualaikum

Situasi: Semasa nak solat zuhur kat times square. yeah times square
selepas amik air sembahyang nk pakai bedak compact.
kakekin: eh yam kan baru pas amik wudhuk nnt batal lah wudhuk pakai mekap tuh.
yam : eh yeke? tapi time kat teknik setapak dulu dorang ckp tk batal pun.
kak ekin : betul batal . tapi tak tahu lah.
yam: pulak...~

Anda musykil? mari tanya Dr Mashitah jawab.

Jika sudah mengambil wuduk kemudian memakai bedak asas yang bersifat kalis air atau tidak wuduk masih SAH. Kecuali, jika selepas memakai bedak yang memang dinyatakan kalis air kemudian mengambil wuduk maka tidak sah wuduk , kerana syarat sah wuduk ialah air sampai ke kulit. apa yang penting air sampai ke kulit barulah sah wuduk.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, June 4, 2011

First week in college.

Assalammualaikum

Alhamdulilah dah lepas seminggu,sesi perkenalan dengan lecturer-lecturer yang akan mengajar. Eksited sem ni dapat lec semua yang gempak.tehee ade lima subjek semua nya.

Investment: subjek ni paling core aku rasa sebab jam kredit pun 4. Madam Kat yang ajar well aku memang suka cara dia lecture dengan mata dia yang akan besar kecik besar kecik bila point penting. Bila mata start mengantuk memang sentap lah kau kene panahan mata dia.

Malaysian Economy: Untuk subjek ni Madam Yohana ,first time madam ni ajar tapi jieja cakap dia okay tapi strict sket. Awal-awal lagi kiteorang dah kene perform two group which is untuk group satu kene ada 12 orang untuk pergi bersiar-siar dan buat trip report. Kiteorang bercadang gi bukit merah laketown resort di Perak. *Nak cari van untuk disewa masalah terhebat sekarang ni. Tuk yang second group yang kene buat tu kene ada 5 orang je untuk presentation yang tak bestnya tergroup dengan seseorang yang suka buat muka haihh *aku lagi suka dia buat muka dari dia tak buat kerja,tehee tu yang ambik je lah.


Organizational Behaviour: Sir Sufian muda lagi baya kakmai 26 dah bertunang . Best jugak lah dia mengajar, al-maklum lah motivator ade aura tersendiri nak attract attention pelajar.

Operation Management: Madam Azzah agak laju kut dia ajar aku baru nak tulis 'the' tetibe dia dah muka surat sebelah haha memang style lah. Madam rupanya dah mengandung 6 months masa dia ajar aku sem lepas tak nampak sangat . walaupape pun aku doakan yang terbaik untuk madam serta baby beliau.

Human Resourse: Pergh subject ni paling seronok sebab lecturer yang mengajo pun menyeronokkan Miss bibi . Cara dia eleborate point memang terbaik! lagi satu miss ni je yang first week dah kerah student wat presentation tapi okay lah tade lah pepetang jumaat tu menguap jer. haritu group aku present dapat 7 out of 10. kool kan.

Patut nya sem ni kene ambik MUET tapi entahlah daftar untuk muet tinggal 2 minggu lagi aku still lagi tak tau nak decide whether sem ni atau sem depan . Sebab classmate aku semua nak daftar next sem karang aku je nak amik sem ni mahunya candidate A je yang wujud . hekhek .

till then.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Tuesday, May 31, 2011

Senior bro.

Assalammualaikum
**short update**
Melangkah ke semester baru , sejenak baru perasan aku dah semester 5.
Oh men tinggal lagi satu sem sahaja pastu insyaallah sambung terus degree.
Pointer sem ni alhamdulilah meningkat 0.32 *maklum lah baru cuba makan kismis hee
Minggu pertama tak banyak benda cuma banyak duit terbang (duit buku).
Banyak jugak core paper tapi akan ku harungi dengan penuh gigih .


Baru-baru ni penyakit aku datang balik last paling teruk dekat plkn then entah macam mana datang balik. humph hanya mampu berdoa .harap-harap dapat survive sem ni. nak naikkan cgpa .
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Sunday, May 22, 2011

Why i love living here?

Assalammualaikum


 I am doing great today, Alhamdulillah. I believe you are, too. Of course! For what is not great when you wake up everyday thanking Allah for still giving you the chance to breathe. Waking up to the sound of the birds chirping. Ok few more in my home the sound of cik ti *tikus also chirping. hate it~


Why i love to be part of Malaysian citizen? because i can learn and learn and learn as much language that i would like too. so far i glad that i've already knew how to speak in Cantonese well thanks to Poon yau sheng for teach me how to be fast learner and uncle kedai topap also ,everytime when i used to buy a prepaid "Leng chai wo yau maxis em khau" . After a moment i realize how easily if we can speak and understand others language . Last semester i took an Arabic language hee quite awesome. And now i have a friend who came from Sarawak he taught me a lot how to speak the iban language. ~aku kak ke nuan* i love you




\
hopefully one day i capable using above symbol.


off to shower<3
till then.tata
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, May 19, 2011

Banyak nya dugaan~

assalammualaikum

Pukul 9.30pagi dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali
"halo mariam,puan aida bercakap ni,ptptn kol dorang cakap dorang tak dapat nak masukkan duit, cimb cakap akaun u tak aktif"
dan selepas itu aku hanya kedegaran suara pn.aida "haloo haloo mariam are you still there" tuut tuut~
terus mandi.pergi cimb *bajet nak serang . Sampai-sampai ambik no.
Tak sempat duduk no dah kene panggil "ye cik ade apa boleh saya bantu?"
saya nak tanya knp account saya tak aktif "sebentar ye,bak mai ic"
****checking "eh aktif je cik saya rasa ptptn salah masuk no acc ni"
"ok tape-tape trima kasih" hell yes.


***kol ptptn pulak***
"encik saya dkt cimb ni dorang cakap account saya aktif je"
"ok kalau macam tu cik mariam sila bagi bank statement dan juga ic ye lagi afdal jika terus faks secepat mungkin"
"bila boleh clear duit camtu?"
"kami terpaksa buat yang baru dan mungkin dalam bulan 6 ni "


teeett@#$%%%^
kau tau tak aku nak daftar sem minggu depan kau igt aku nak bayar pakai apa  ? sumpah cam lahan*t haihh kan dah mencarut ...benci arr cmni!!!!!!!!!!
       _____________________________________________________________________


situasi kedua: (after an hour)

truuut truuut *halooo
"haloo mak , yam ni pt cakap acc orang tak aktif bulan 6 ni baru masuk"
"hurm teruk nya " mak jawab dengan nada tenang
"daftar minggu depan mak , boleh tak hulurkan duit mak dulu",nada cuak gila time ni
"k, dapat pt hulur balik"nada gelak sipu-sipu.
"no worries i will pay u double mum" muwahh muwahh

______________________________________________________________________________


*seb baik mak ade haihh dah nak masuk sem ke5 semua mak yang bayarkan yuran baik aku tak payah pinjam dengan si pffftttt~


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, May 16, 2011

yang pergi tak akan kembali~

Assalammualaikum
"Yang pergi takkan kembali hanya doa mengiringi."

 Hari ni nak shared sedikit.Bagaimana kalau orang yang tersayang yang dekat dengan kita yang sering membantu kita ketika kita memerlukan yang mendidik kita sehingga kita masuk universiti/kolej tiba-tiba tidak bernyawa lagi.

Wajah yang kita sering tatap tiba-tiba terbujur kaku tanpa sebarang pergerakan..
 Teringat kembali semalam kita ingkar arahan mereka,kita lawan kata-kata mereka,kita tidak hormati mereka.. apakah masih ade lagi ruang untuk kita memohon keampunan? adakah masih ada ruang untuk kita patah kembali masa agar kita sentiasa bahagia kan mereka?
ketahui lah jikalau kita menderhaka kepada kedua orang tua kita balasan nya tuhan bagi cash di dunia.

 Sesungguhnya ibu bapa adalah tunjang utama yang menentukan nasib kita di akhirat kelak. Sesungguhnya kehidupan ini berputar sebagaimana dunia ini berputar. Baik kita melayan mereka kelak anak-anak kita akan melayan kita lebih baik dari kita melayan ibu bapa kita jikalau buruk layanan yang kita berikan maka sudah ketahuan lah bagaimana layanan anak kita kelak terhadap diri kita.

Sudah bekerja sekurang-kurangnya hulur lah sedikit pendapatan kita kepada ibubapa kita. Alangkah manisnya. Pesanan dari seorang ustaz memberi kepada ibubapa sesungguh nya mendatangkan keberkatan dalam kehidupan.

Kepada yang sudah kehilangan kedua orang tua mahupun salah seorang dari mereka jangan lah terlalu bersedih,sesungguhnya Allah Taala lebih menyayangi mereka. Sebagai seorang anak penghubung antara kita ialah doa anak yang soleh.Sentiasa mendoakan mereka dan selalu lah amal kan ayat ini:

"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab" 
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)” 


Kepada sahabat : Farahana binti Abd razak 
                                Ruzaini bin. Ramli
 Takziah yam ucapkan . semoga roh ayah anda berdua dicucuri rahmat .
Al-fatihah (please guy recite it TQ)

p/s: I was crying when typing this. Yaallah semoga kau lindungi keluarga ku YaAllah dan jadikan lah aku anak yang solehah. 







terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Tuesday, May 10, 2011

Mencari resepi si kek keju oreo..

assalammualaikum

semenjak menjak cuti ni aku suka sangat masuk dapur ade je benda-benda baru yang aku cuba masak. Tapi selalunya kalau first attempt nak buat memang derrr~ takat masak kari daging, Gulai patin tuh celah gigi .
semalam buat biskut cornflakes memang jadi *clap2 tapi cam likat sgt terlebih taruk mentega suh letak 1/4 g letak 1/2 *sighhh

Now i'm craving for oreo cheese cake. seriously! Sekarang tengah jenuh buka web tengok resepi mana yang easy for beginner cam den ni. Rasanya senang je kot.insyaallah.

k dah siap salin. Esok nak terjah kedai Giant depan umah ni ..seronoknya!cant wait


hopefully tomorrow this how my cake will look like.




terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, May 9, 2011

ehh berat kita turun 1.5 kg larh

YEAY!!!
Dah 4 hari tak makan nasik 
kalau makan pun sikit sikit je
pastu kan makan biskut jacob pepagi
alhamdulilah walaupun tak banyak penurunan jugak tuh kan
hee hee~
dekat perut tu kena working hard lagi hee
terus buat profile fesbuk haha

tape-tape esok nak stat jogging balik malam ni skipping jo lah peah..



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, May 6, 2011

Money can't buy us happiness~

assalammualaikum


Harini sangat dem exhausted! pagi kul 6pagi dah bangun hantar mak pegi keje kat kl ok minggu ni mak keje kat kl then petang tadi around 4.30pm g ambik mak balik jalan kat kl serius cam BALA  guess bape kali aku salah masuk lorong i bawak manual k bukan rasa nak menangis je rasa nak langgar2 je kete depan kanan kiri .eeee nyampah maq nyahh~

Demi mak yang tersayang bersempena hari ibu harini lah baru nak show my love kan sanggup redah jalan sesak minyak yang menunjuk angka E sebab lorong yang sama lalu 8 kali. Sapa tak sayang mak kat dunia ni mai habaq sket den nak smack down kpala otak dia punya mak hang penat-penat ngandung kan hang siap lahirkan lagi . tahu tak kesakitan yang paling sakit di dunia ialah sewaktu melahirkan baby, sebab tu kalau meninggal waktu melahirkan di panggil mati syahid kecil.

Don't forget to wish ur mum k fella tade duit untuk beli hadiah bagi kad dan wish pun sudah mencukupi as long mereka tahu yang diri mereka dihargai ..esok nak g tanjung bidara with my mum and sis . =) 


This video specially dedicate for my mum Hamidah Binti Harun




p/s: A trillions words can't describe how much i love,respect and owe you..


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, May 5, 2011

Girlfriend ever

assalammualaikum

haloo peeps ..letihnya seharian bergelendangan dengan Elly noor syafika . Ok kami sudah bersahabat dari sekolah rendah lagi then masa kat sekolah menengah pun kami berhijrah ke sekolah yang sama teknik setapak tapi dia bertahan 6 bulan je hampeh nye budak..

Tadi kami berkeliaran di wangsawalk. Memang tak lah g sana without any bucks kan..haihh=.=
so keje kami jalan je lah sekurang-kurangnya dapat jugak lah mengurangkan kg dibadan ye dak.
Back to the history kami ni memang kamcing lagipun umah dia beberapa meter jer dari umah aku so tade masalah lah untuk berjimba  berjumpa hehe.

Itu lah beliau. hee dan dia drove mcm orang gila.

  
*There are big ships and small ship but the best ship  of all is friendship.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Tuesday, May 3, 2011

Bersiul bergegar pintu syurga.

assalammuaalaikum

         Baru-baru ni masa hantar mak ke putrajaya jalan jem ntah macam mana aku termuncungkan bibir then hembus udara keluarlah irama recorder rosak.. kemudian itu kakak aku yang kat sebelah ni bising dia cakap tak elok lah bersiul panggil syaitan. Masa kecik-kecik dulu pun selalu dengar bersiul ni perkara yang negatif. Tapi masa tu tak faham lagi asal lak bersiul ni tak elok aku tgk orang yang bersiul ni lagi-lagi yang pandai siap leh wat melodi lagu ni hebat .

Okay balik rumah tanpa membuang masa cuba lah cek dekat google "weshema" dilarang bersiul.
  • Perbuatan bersiul ni serupa dengan perbuatan syaitan masa Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke dunia.Nabi Adam berdoa memohon diampunkan tapi syaitan hanya bersiul.
  • Bersiul jugak menyerupai tindakan Arab jahiliyah semasa melakukan tawaf sambil telanjang bulat.
Tapi Mufti Wilayah Dato' Hashim Yahaya Masail Fiqhiyah menetapkan yang bersiul ni harus kalau dilakukan diluar ibadah  atau masjid maka tiada larangannya.
dalil AQ:alhujurat:11 Jika bertepuk tangan untuk memberikan semangat tidak mengapalah begitu juga bersiul, kalau untuk kita saja dan tidak mengganggu orang lain,maka ia harus. Malah orang zaman dahulu spt gembala kambing menggunakan siulan untuk menghiburkan dirinya dan memanggil ternakannya.

As for me..bersiul if ada tujuan tertentu bukan untuk mengorat yer dan ditempat yang betul. 
Waallahualam



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, April 30, 2011

Random

assalammualalaikum

Sekarang jam di notebook menunjukkan angka 3.57AM..ohh men isomnia again..crap! cmni lah gaya kalau dah bayar bil celcom revenge yang bulan lepas punya.ok to do list dis break banyak betol.
Ok my mum dah rancang percutian ke melaka pengkalan balak jumaat depan *weee dh 4 tahun tak melancong ke mana-mana..err k bohong.

Guess aku tgh search apa dekat google sekarang .. yep-yep tepat sekali *tips kurus kan badan. ok azam cuti sebulan turun 5 kg pun jadilah walaupun en.jieja dah jemu dengar dari tahun tahun lepas crita azam yg sama dekat dia tapi dia masih tekun bersungguh2 ajak gi jogging bagi sebakul tips pemakanan yang sihat..
"oh dear i bukan tak ikut, i ikut tips u tapi kadar metabolisme dalam badan i so poor!" huu
Siap makan set hidangan XXS lagi tau


apa itu metabolisme ? ianya adalah jumlah kalori yang dibakar oleh oleh badan. makin tinggi kadar metabolisma makin cepat lah puan-puan lemak terbakar. okay sekarang saya sudah tahu cara meningkatkan kadar meta dalam diri ini iaitu dengan minum air masak secukup nya... oh makan makanan pedas pun menjana peningkatan meta ini. good good.. boleh praktikkan. Tapi kekadang kalau dasar pemalas tu masih pemalas bukan..*mengeluh


Esok kul 1 petang nak jemput puan emak dekat putrajaya.tak tahu lah nak bwk wira perkasa mahupun myvi putih .esok nak kemas buku-buku sem4 letak dalam kotak nak bagi junior risau pulak takut diri sendiri kene mengulang minta dijauhkan lah ulang ulang ni nokss.


k mata sudah start berpinar-pinar..


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, April 29, 2011

apa kau rasa? orennnn

assalammualaikum

Its been 3 days i have done with my final..dengar crita 10 aribulan tahu result waterpark cepat gila dia tanda.. hopefully tade lah kejadian kopi tumpah kat kertas peksa tuh.
dan aku sangat rasa oren when segala yang dah dirancang not according to the plan..

Laptop yang hengat akan di format siap harini *tk siap
duit pt yg ingat masuk semalam *tk masuk
ingat mak balik harini *tak balik
ingat nak bayar duit motor hari ni *tk bayar sbb mak tak balik

yep-yep

berhenti mengeluh

...

baru ingat nak singgah harrods bli macaron yg rasa manis gilee tp tk dapek sebab duit pt tk masuk maka malas nak shopin..


humphhh......
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Wednesday, April 20, 2011

kita kat Mesia lah kakak

Assalammualaikum..

nak cite pengalaman di Food court lizah tomyam tadi..tempat tu bukan lah hotel 5 bintang mahupun tempat clubbing tapi tadi memang sentap lah tengah kami bersabar menunggu tomyam yang tak kunjung tiba tetiba ade sorang minah ni dengan pakwe beliau lah kot perghhh perghh ! kalau ade kaki-kaki stim mahu nya mandi wajib hangpa bayang kan dia pakai begini:

dia pakai baju jer! seluar ntah kemana

kakak aku slamber je ckp kuat "nah bagi table cloth ni kat dia kasi tutup yang terdedah tu" Bala ni bala.
kadang-kadang tak faham nak cakap tak dapat pendidikan agama secukupnya CUKUP subjek agama islam pun dapat A.. haih dunia-dunia.

Lain kali nak suruh macik Liza tu tampat banner besar-besar KAWASAN MENUTUP AURAT.


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, April 18, 2011

Sudah mula press minyak.



Assalammualaikum

Paper ku nanti pada hari jumaat.ahad.selasa. rabu. den nak koba semalam sentuh depan kulit buku jer hoh!
ok-ok azam untuk minggu ni doploh empat jam tolak enam jam den nak bosunggoh mentelaah buku..
Kali ni den nak dapatkan 3.00+ insyaallah..

apo yang den perlu lakukan sekarang ialah:-

HAPUSKAN TEBIAT TIDOOO!

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, April 16, 2011

haji bakhil!

Mode:Hamun orang.





terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Tuesday, April 12, 2011

Mata ikan =.=

Assalammualaikum.


   Setelah lama menyepi kini muncul kembali. yep-yep semua assignment dah siap .. tinggal arab je tapi part aku dah selesai kira siap lah tu kan. carrymark pun dah dapat alhamdulilah..kini tinggal nak strunggle untuk final je.
kali ni nak bercerita mengenai mata ikan ..ke orang kampung cam aku je panggil mata ikan?? ataupun di kenali juga sebagai ulser mulut. Aku dah seminggu kene tak sembuh-sembuh lagi perghh azab tahu..


Aku bet korang mesti pernah kena jugak kan kepada sesiapa yang tk pernah tau meh rujuk pic dibawah ini..


credit to uncle google



Hah tu lah dia rupa si ulcer ni.. benda nya kecik je tapi biasa lah kecik-kecik cili padi berasap bhai. ok mari review Bagaimana si ulcer ni boleh terjadi.:

  • Stress
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
Petua mehilangkan rasa sakit tersebut:-

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit (leh dapatkan dekat farmasi)
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik(selalu gosok gigi dan floss)
  • Makan makanan lembut 
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air (ini penting ye kalau mulut kering memang susah nak sembuh)
*selalunya kakak den cakap merangkap (ketua jururawat hkl) ulser ni leh akan hilang rasa sakit dia dalam 3-4 hari dan akan sembuh dalam 2 minggu untuk mengecik tapi kalau dalam tempoh 14 hari tu tak baik-baik dah boleh-boleh lah g spital ke klinik yor. 

k dah habis pasal info kesihatan... hehe 
Tengok si kecik ni orang suh wat peace dia pegi hi-5
dah macam crita cina yg *olitopan tu hahaha

p/s: prasan tak ayat banyak macam skema-skema je..perkasa kan bahasa ibunda kita!





terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)