Sunday, January 22, 2017

Pelangi Tiada Kini

**Dalam draft hampir 4 tahun** 😭😭

Tahu apa aku paling takut? Aku paling takut kalau aku lupa memori aku dengan abah.. aku paling takut kalau aku lupa suara abah... aku paling takut kalau aku lupa rupa abah ..

Imbas kembali 8.00 malam 28 Jun 2013

aku : "kejap je" entah kenapa aku tetap berkeras jugak nak tukar kan pampers yang abah pakai padahal aku tau semua dah sedia nak baca yassin dah bertelekung bagai. Lepas dah tukarkan pampers abah tiba-tiba kakmai cakap. "lap skali lah badan atas dia sejuk tapi belakang badan panas , abah demam ke ek?" Aku pun lap je lah badan abah guna kain . tiba-tiba masa aku lap dada abah aku prasaan sesuatu , sebab selalu kalau abah bernafas macam kencang sikit macam kita tau lah dia tengah bernafas kan cam orang tido tu tapi waktu tu senyap je dada abah takde sebarang pergerakan langsung . Aku memang dah cuak sangat-sangat . Aku tanya kakmai "eh apasal abah senyap je " Kak mai periksa nadi abah dia ckp "ade lah tapi slow" tapi dia cek lagi kat leher sampai letak jari kat hujung hidung nak rasa angin ade ke tak . Kakyong nampak dia pun dah pelik masa dia suruh kiteorang betulkan kepala abah dah lunyai... Abah dah pergi buat selama-lamanya.. .... Aku tergamam sumpah waktu tu aku terus menangis aku cium dahi abah berkali-kali aku goyang kan bahu abah celikkan mata abah abah tetap kaku macam tu... saat tu aku tau Kakmai tipu masa dia cek nadi abah dia pun nak sedapkan hati kata abah still ada lagi . Malam tu jugak kol semua sedara mara. Bayangkan malam tu jugak aku kene drive gi kuala kubu bharu sebab nak amik anak buah aku Mrsm dia kat sana memang aku drive dah macam orang gila fikiran aku kosong . Esoknya tepat pukul 10 pagi jenazah abah dimandikan di masjid alhamdulilah aku dapat mandikan abah untuk kali yang terakhir waktu last untuk cium jenazah sumpah aku tak boleh tahan sebak . Lama aku cium dahi abah . Masa nak masukkan jenazah dalam liang lahad tiba-tiba ada awan hitam lindung matahari sejurus lepas jenazah abah di kambus terus hilang awan hitam tu. Malam tu kakyong cakap dia berdoa kalau betul tuhan nak tarik nyawa abah biarlah khamis malam jumaat dan kalau Allah masih nak panjang kan umur abah biar aku yang rasa sakit tu. Aku tak sanggup tengok abah terseksa . Semua ni rahsia Allah taala. Ada hikmah nya. *Tahun ni raya tanpa abah... Yaallah moga kau tabah kan diriku serta keluarga ku.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)