Tuesday, May 3, 2011

Bersiul bergegar pintu syurga.

assalammuaalaikum

         Baru-baru ni masa hantar mak ke putrajaya jalan jem ntah macam mana aku termuncungkan bibir then hembus udara keluarlah irama recorder rosak.. kemudian itu kakak aku yang kat sebelah ni bising dia cakap tak elok lah bersiul panggil syaitan. Masa kecik-kecik dulu pun selalu dengar bersiul ni perkara yang negatif. Tapi masa tu tak faham lagi asal lak bersiul ni tak elok aku tgk orang yang bersiul ni lagi-lagi yang pandai siap leh wat melodi lagu ni hebat .

Okay balik rumah tanpa membuang masa cuba lah cek dekat google "weshema" dilarang bersiul.
  • Perbuatan bersiul ni serupa dengan perbuatan syaitan masa Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke dunia.Nabi Adam berdoa memohon diampunkan tapi syaitan hanya bersiul.
  • Bersiul jugak menyerupai tindakan Arab jahiliyah semasa melakukan tawaf sambil telanjang bulat.
Tapi Mufti Wilayah Dato' Hashim Yahaya Masail Fiqhiyah menetapkan yang bersiul ni harus kalau dilakukan diluar ibadah  atau masjid maka tiada larangannya.
dalil AQ:alhujurat:11 Jika bertepuk tangan untuk memberikan semangat tidak mengapalah begitu juga bersiul, kalau untuk kita saja dan tidak mengganggu orang lain,maka ia harus. Malah orang zaman dahulu spt gembala kambing menggunakan siulan untuk menghiburkan dirinya dan memanggil ternakannya.

As for me..bersiul if ada tujuan tertentu bukan untuk mengorat yer dan ditempat yang betul. 
Waallahualam



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

2 comments:

siti suraya said...

wahh , terima kasih bagitahu info nihh (:

Puan Yam said...

same2..tp kalau nak tahu lebih detail cuba tanya dgn yg lebih berpengetahuan =)