Sunday, February 27, 2011

Rasa macam nak pakai tudung.

Assalammualikum
and hallo there..

Wondering why my title post begitu? am i free hair? yeayh yeah di rumah ye kawan-kawan  . Kadang-kadang memang girls yang free hair ni di anggap sosial,teruk, berperangai huduh, hanya kerana tidak menutup rambut mereka menggunakan hijab. In my opinion lah kan saya ada ramai kawan yang free hair on/off pun lagilah ramai tetapi mereka bukan lah sosial mereka tidak pernah menjejaki kelab-kelab malam mahupun disko-disko di kolumpo namun kenapa mereka di double standard kan??

Kadang-kadang manusia ni memang sejak azali suka menilai orang dari sudut pandangan luar sahaja. terutama kepada yang bertudung suka melabel orang yang freehair ini kafir macam dia dah banyak pahala sangat.
Remember tiada siapa yang tidak lepas melakukan kesalahan kalau pakai tudung tapi keluar dengan lelaki bermanja-manja dengan kawan lelaki kononnya sama sahaja bukan. Konon mak suruh tutup aurat tapi benda lain yang haram tak jaga tak jadi jugak kan.

Ada terbaca dalam majalah lupa majalah apa dia pelik kenapa Islam wajib kan pakai hijab bila dia bertanya kepada orang feedback yang dia dapat ialah:
1) weiyh ko bodoh ke apa tanya cmtu dah memang kene pakai pakai jelah!
2)dasar keturunan firaun
3) Muslim memang kene pakai
SAD bukan! kenapa insan yang betul-betul naif bertanya kenapa wajib memakai hijab itu jawapan yang dia dapat
************************************************
ok mari saya terangkan dalil nya setelah terjah google sebentar tadi:



Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”


Maka jelas lah didalam al-Quran sediri sudah menjelaskan kenapa perempuan wajib memakai hijab. mungkin ramai yang ambil ringan isu ini kerana itu lah petanda manusia akhir zaman . Tapi saya tegaskan disini bahawa memakai hijab ini dapat menghalang nafsu dari bermaharajalela contoh kalau pakai hijab berani kau nak masuk kelab malam masa LADIES NIGHT?? .tak kann maka ianya boleh mencegah dari melakukan perkara yang tidak patut...bagi yang suka bagi alasan dan berkata sampai seru nanti aku pakai lah maka fikir-fikirkan lah kembali ianya WAJIB WAJIB WAJIB!!!

Mencegah lebih baik dari mengubati yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan tauladan . Last words from me renung-renungkan dan selamat beramal.

P/s: selalu buang sampah free hair je pasni nak kene sangkut tudung sarung kat dapur . ikat-ikat sampah sarung tudung tros keluar buang sampah. ^_^






terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

7 comments:

cik ketawa said...

sgt stuju ;)

SITOT said...

Alhamdulillah :)
setuju jugak !

sekamar rindu said...

salam....

kat umah tak pe.....

Puan Yam said...

^_^

nani kiut said...

wow..x sia2 dlu blaja kat setapak
skunk anda dh msuk setapak ke hadapan

Puan Yam said...

wah wah ..nanio

Kak Long said...

yeah.. deduluu kua g sidai baju mls nak pki tudung.. tp skang ni takde dah.. hee