Setelah sekian lama akhirnya bertemu kembali
Sekarang ni aku sedang meniti hari-hari bahagia.. hik3 13 december 2013 kurang tiga minggu lagi tarikh keramat aku akan bertukar status dari CIK kepada PUAN ... omaigoshh aku baru 22 kot. muda belia lagi bak ang.. PUAN MARIAM BINTI IDI... phew....sukar sukar..
Persiapan...
Awal2 lagi persiapan kami dah dipersiap kan, alhamdulilah kami berdua pun dh ada kerja tetap seperti yg diketahui 26 januari 2013 awal tahun haritu kami dah bertunang, esok nya terus bukak buku catatan segala belanjawan bulanan aku yg kawal.. kami menyimpan setiap bulan . Oleh kerana aku baru keje aku simpan RM400 sebulan dia pulak RM 1000.00 alhamdulilah hingga november kami dah bayar separuh untuk belanja katering belah perempuan.
A long the way bulan februari hari tu ada ekspo pengantin dekat tesco ampang .. nasib baik ada promosi baik punya RM 13k untuk katering + pelamin + baju.. murah gila bukan... so booked teruihh.
Bulan May dah beli gelang untuk batal air sembahyang dalam RM 1,6k jugak lah regenya amik duit simpanan.. bulan ogos haritu dah beli cincin untuk pengantin lelaki dan perempuan.
Duit simpanan ni wajib ada tau senang apa-apa nanti tayah tunggu gaji, lagipun dah boleh terap semangat menyimpan utk lepas kawin nnt.
Oktober lepas dah amik simpanan untuk deposit rumah sewa, senang sikit sebab selama ni dia duk rumah sewa dengan kengkawan tapi for the time being dia dah start duduk dekat rumah sewa kami tu .. hihi
cat perabot semua slow2 kayuh.. lepas keje 2 tahun insyaallah kami akan apply utk housing loan ..
Persiapan dari segi mental:-
Banyak buku2 ilmiah aku baca dah insyallah akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
banyak jugak dengar pendapat2 dari kakak2 kat opis yg dah kawin..
Moga rezeki lepas kahwin murah amin.
19 hari je lagi,,, cuak tu memang tayah cakap lah noh..
No comments:
Post a Comment