Sunday, January 6, 2013

Countdown..

Assalammualaikum

Bersawang nya ishk2 so saadd....
first of all, tahniah kepada diri sendiri sebab sudah jadi permanent di Hsbc bank. Alhamdulilah. harini 6 januari 2012 amagad lagi 20 hari je lagi aku akan bergelar tunangan orang. Ianya sangat scary dan eksited hoccay.

Hantaran aku berbalas 7-5..here are some tips

* Kalau elok barang hantaran ni disediakan sebulan sebelum majlis.
takde lah kelam kabut . hantaran semua buat sendiri DIY kau. shopping dkt nilai habis dalam RM100 jugak lah tapi puas hati barang2 yang aku nak semua ada.

Belah perempuan bagi 7 iaitu:
1.sireh junjung
2.coklat
3.sejadah + kain pelikat
4.kain sepersalinan
5.cupcakes
6.buah-buahan
7.pulut kuning (mak orang perak maka faham2 lah)

Belah lelaki bagi
1.sireh junjung
2.coklat
3.buah-buahan
4.telekung
5.cupcakes

kebanyakan nya mak sedara sponsor adikbradik sangat jimat lah pada aku .
Oleh kerana tunang ni dah bagi hantaran maka mak cakap untuk kawen nnt tak perlu lagi lah hantaran bagai sebab tunang dah bagi. well, jimat lagi yuhuuu.

Untuk cincin tunang nnt aku guna cincin belah rotan je sebab serabut lah nak pakai banyak2 cincin . Plus cincin belah rotan tu dah tulis nama kat dalam dia (m&m) stand for mariyam & mahaifis . suka suka ! semalam beli lagi satu cincin untuk kak mai sebab aku kan langkah bendul so kene lah bagi something mak ckp. untuk cincin langkah bendul beli cincin yang ada batu satu je dkt pohkong. kos dalam RM 500 jugak lah.

Makeup untuk tunang nanti mintak tolong kawan mak . =) jimat kos

untuk gambar nanti mintak tolong kawan basha =) jimat kos lagi

Semalam aku dah booking awal2 katering. gila punya awal tapi seelok2nya mmg setahun awal pun. majlis nikah nanti mungkin bulan 12 ni. cadangan tarikh nya 14.12.13 tapi nikah malam jumaat tu tarikh cantikn sangat 13.12.13 kan2?
katering kiteorang amik 800pax semua sekali dalam 12ribu jugak lah. Slow-slow
kumpul duit.

untuk baju pulak semalam g nilai dah beli dah baju sanding utk belah lelaki dan perempuan . Belah perempuan warna peach brownish camtu belah lelaki silver. hah kene cari tailor lagi kasi jahit itu baju total kain semalam pn dah RM550.

Moga segalanya berjalan lancar. dan tips dari aku kalau boleh cuba survey2 mana2 kedai dulu jangan terus beli . dan kalau boleh mintak tolong keluarga saudara terdekat . Macam aku kos untuk bertunang ni bawah RM 1500 je. Kenduri untuk tunang mintak tolong sedara mara masak, dan sponsorship makanan dari abang ipar =)

lovelovelove, till then
tata .






terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

1 comment:

cik abbit said...

i am happy for you darl. Semoga berjalan lancar hendaknya gefren. Imissyou. Nk dtggg :(