Saturday, April 30, 2011

Random

assalammualalaikum

Sekarang jam di notebook menunjukkan angka 3.57AM..ohh men isomnia again..crap! cmni lah gaya kalau dah bayar bil celcom revenge yang bulan lepas punya.ok to do list dis break banyak betol.
Ok my mum dah rancang percutian ke melaka pengkalan balak jumaat depan *weee dh 4 tahun tak melancong ke mana-mana..err k bohong.

Guess aku tgh search apa dekat google sekarang .. yep-yep tepat sekali *tips kurus kan badan. ok azam cuti sebulan turun 5 kg pun jadilah walaupun en.jieja dah jemu dengar dari tahun tahun lepas crita azam yg sama dekat dia tapi dia masih tekun bersungguh2 ajak gi jogging bagi sebakul tips pemakanan yang sihat..
"oh dear i bukan tak ikut, i ikut tips u tapi kadar metabolisme dalam badan i so poor!" huu
Siap makan set hidangan XXS lagi tau


apa itu metabolisme ? ianya adalah jumlah kalori yang dibakar oleh oleh badan. makin tinggi kadar metabolisma makin cepat lah puan-puan lemak terbakar. okay sekarang saya sudah tahu cara meningkatkan kadar meta dalam diri ini iaitu dengan minum air masak secukup nya... oh makan makanan pedas pun menjana peningkatan meta ini. good good.. boleh praktikkan. Tapi kekadang kalau dasar pemalas tu masih pemalas bukan..*mengeluh


Esok kul 1 petang nak jemput puan emak dekat putrajaya.tak tahu lah nak bwk wira perkasa mahupun myvi putih .esok nak kemas buku-buku sem4 letak dalam kotak nak bagi junior risau pulak takut diri sendiri kene mengulang minta dijauhkan lah ulang ulang ni nokss.


k mata sudah start berpinar-pinar..


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, April 29, 2011

apa kau rasa? orennnn

assalammualaikum

Its been 3 days i have done with my final..dengar crita 10 aribulan tahu result waterpark cepat gila dia tanda.. hopefully tade lah kejadian kopi tumpah kat kertas peksa tuh.
dan aku sangat rasa oren when segala yang dah dirancang not according to the plan..

Laptop yang hengat akan di format siap harini *tk siap
duit pt yg ingat masuk semalam *tk masuk
ingat mak balik harini *tak balik
ingat nak bayar duit motor hari ni *tk bayar sbb mak tak balik

yep-yep

berhenti mengeluh

...

baru ingat nak singgah harrods bli macaron yg rasa manis gilee tp tk dapek sebab duit pt tk masuk maka malas nak shopin..


humphhh......
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Wednesday, April 20, 2011

kita kat Mesia lah kakak

Assalammualaikum..

nak cite pengalaman di Food court lizah tomyam tadi..tempat tu bukan lah hotel 5 bintang mahupun tempat clubbing tapi tadi memang sentap lah tengah kami bersabar menunggu tomyam yang tak kunjung tiba tetiba ade sorang minah ni dengan pakwe beliau lah kot perghhh perghh ! kalau ade kaki-kaki stim mahu nya mandi wajib hangpa bayang kan dia pakai begini:

dia pakai baju jer! seluar ntah kemana

kakak aku slamber je ckp kuat "nah bagi table cloth ni kat dia kasi tutup yang terdedah tu" Bala ni bala.
kadang-kadang tak faham nak cakap tak dapat pendidikan agama secukupnya CUKUP subjek agama islam pun dapat A.. haih dunia-dunia.

Lain kali nak suruh macik Liza tu tampat banner besar-besar KAWASAN MENUTUP AURAT.


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, April 18, 2011

Sudah mula press minyak.



Assalammualaikum

Paper ku nanti pada hari jumaat.ahad.selasa. rabu. den nak koba semalam sentuh depan kulit buku jer hoh!
ok-ok azam untuk minggu ni doploh empat jam tolak enam jam den nak bosunggoh mentelaah buku..
Kali ni den nak dapatkan 3.00+ insyaallah..

apo yang den perlu lakukan sekarang ialah:-

HAPUSKAN TEBIAT TIDOOO!

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, April 16, 2011

haji bakhil!

Mode:Hamun orang.





terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)