Saturday, June 4, 2011

First week in college.

Assalammualaikum

Alhamdulilah dah lepas seminggu,sesi perkenalan dengan lecturer-lecturer yang akan mengajar. Eksited sem ni dapat lec semua yang gempak.tehee ade lima subjek semua nya.

Investment: subjek ni paling core aku rasa sebab jam kredit pun 4. Madam Kat yang ajar well aku memang suka cara dia lecture dengan mata dia yang akan besar kecik besar kecik bila point penting. Bila mata start mengantuk memang sentap lah kau kene panahan mata dia.

Malaysian Economy: Untuk subjek ni Madam Yohana ,first time madam ni ajar tapi jieja cakap dia okay tapi strict sket. Awal-awal lagi kiteorang dah kene perform two group which is untuk group satu kene ada 12 orang untuk pergi bersiar-siar dan buat trip report. Kiteorang bercadang gi bukit merah laketown resort di Perak. *Nak cari van untuk disewa masalah terhebat sekarang ni. Tuk yang second group yang kene buat tu kene ada 5 orang je untuk presentation yang tak bestnya tergroup dengan seseorang yang suka buat muka haihh *aku lagi suka dia buat muka dari dia tak buat kerja,tehee tu yang ambik je lah.


Organizational Behaviour: Sir Sufian muda lagi baya kakmai 26 dah bertunang . Best jugak lah dia mengajar, al-maklum lah motivator ade aura tersendiri nak attract attention pelajar.

Operation Management: Madam Azzah agak laju kut dia ajar aku baru nak tulis 'the' tetibe dia dah muka surat sebelah haha memang style lah. Madam rupanya dah mengandung 6 months masa dia ajar aku sem lepas tak nampak sangat . walaupape pun aku doakan yang terbaik untuk madam serta baby beliau.

Human Resourse: Pergh subject ni paling seronok sebab lecturer yang mengajo pun menyeronokkan Miss bibi . Cara dia eleborate point memang terbaik! lagi satu miss ni je yang first week dah kerah student wat presentation tapi okay lah tade lah pepetang jumaat tu menguap jer. haritu group aku present dapat 7 out of 10. kool kan.

Patut nya sem ni kene ambik MUET tapi entahlah daftar untuk muet tinggal 2 minggu lagi aku still lagi tak tau nak decide whether sem ni atau sem depan . Sebab classmate aku semua nak daftar next sem karang aku je nak amik sem ni mahunya candidate A je yang wujud . hekhek .

till then.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Tuesday, May 31, 2011

Senior bro.

Assalammualaikum
**short update**
Melangkah ke semester baru , sejenak baru perasan aku dah semester 5.
Oh men tinggal lagi satu sem sahaja pastu insyaallah sambung terus degree.
Pointer sem ni alhamdulilah meningkat 0.32 *maklum lah baru cuba makan kismis hee
Minggu pertama tak banyak benda cuma banyak duit terbang (duit buku).
Banyak jugak core paper tapi akan ku harungi dengan penuh gigih .


Baru-baru ni penyakit aku datang balik last paling teruk dekat plkn then entah macam mana datang balik. humph hanya mampu berdoa .harap-harap dapat survive sem ni. nak naikkan cgpa .
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Sunday, May 22, 2011

Why i love living here?

Assalammualaikum


 I am doing great today, Alhamdulillah. I believe you are, too. Of course! For what is not great when you wake up everyday thanking Allah for still giving you the chance to breathe. Waking up to the sound of the birds chirping. Ok few more in my home the sound of cik ti *tikus also chirping. hate it~


Why i love to be part of Malaysian citizen? because i can learn and learn and learn as much language that i would like too. so far i glad that i've already knew how to speak in Cantonese well thanks to Poon yau sheng for teach me how to be fast learner and uncle kedai topap also ,everytime when i used to buy a prepaid "Leng chai wo yau maxis em khau" . After a moment i realize how easily if we can speak and understand others language . Last semester i took an Arabic language hee quite awesome. And now i have a friend who came from Sarawak he taught me a lot how to speak the iban language. ~aku kak ke nuan* i love you




\
hopefully one day i capable using above symbol.


off to shower<3
till then.tata
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, May 19, 2011

Banyak nya dugaan~

assalammualaikum

Pukul 9.30pagi dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali
"halo mariam,puan aida bercakap ni,ptptn kol dorang cakap dorang tak dapat nak masukkan duit, cimb cakap akaun u tak aktif"
dan selepas itu aku hanya kedegaran suara pn.aida "haloo haloo mariam are you still there" tuut tuut~
terus mandi.pergi cimb *bajet nak serang . Sampai-sampai ambik no.
Tak sempat duduk no dah kene panggil "ye cik ade apa boleh saya bantu?"
saya nak tanya knp account saya tak aktif "sebentar ye,bak mai ic"
****checking "eh aktif je cik saya rasa ptptn salah masuk no acc ni"
"ok tape-tape trima kasih" hell yes.


***kol ptptn pulak***
"encik saya dkt cimb ni dorang cakap account saya aktif je"
"ok kalau macam tu cik mariam sila bagi bank statement dan juga ic ye lagi afdal jika terus faks secepat mungkin"
"bila boleh clear duit camtu?"
"kami terpaksa buat yang baru dan mungkin dalam bulan 6 ni "


teeett@#$%%%^
kau tau tak aku nak daftar sem minggu depan kau igt aku nak bayar pakai apa  ? sumpah cam lahan*t haihh kan dah mencarut ...benci arr cmni!!!!!!!!!!
       _____________________________________________________________________


situasi kedua: (after an hour)

truuut truuut *halooo
"haloo mak , yam ni pt cakap acc orang tak aktif bulan 6 ni baru masuk"
"hurm teruk nya " mak jawab dengan nada tenang
"daftar minggu depan mak , boleh tak hulurkan duit mak dulu",nada cuak gila time ni
"k, dapat pt hulur balik"nada gelak sipu-sipu.
"no worries i will pay u double mum" muwahh muwahh

______________________________________________________________________________


*seb baik mak ade haihh dah nak masuk sem ke5 semua mak yang bayarkan yuran baik aku tak payah pinjam dengan si pffftttt~


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Monday, May 16, 2011

yang pergi tak akan kembali~

Assalammualaikum
"Yang pergi takkan kembali hanya doa mengiringi."

 Hari ni nak shared sedikit.Bagaimana kalau orang yang tersayang yang dekat dengan kita yang sering membantu kita ketika kita memerlukan yang mendidik kita sehingga kita masuk universiti/kolej tiba-tiba tidak bernyawa lagi.

Wajah yang kita sering tatap tiba-tiba terbujur kaku tanpa sebarang pergerakan..
 Teringat kembali semalam kita ingkar arahan mereka,kita lawan kata-kata mereka,kita tidak hormati mereka.. apakah masih ade lagi ruang untuk kita memohon keampunan? adakah masih ada ruang untuk kita patah kembali masa agar kita sentiasa bahagia kan mereka?
ketahui lah jikalau kita menderhaka kepada kedua orang tua kita balasan nya tuhan bagi cash di dunia.

 Sesungguhnya ibu bapa adalah tunjang utama yang menentukan nasib kita di akhirat kelak. Sesungguhnya kehidupan ini berputar sebagaimana dunia ini berputar. Baik kita melayan mereka kelak anak-anak kita akan melayan kita lebih baik dari kita melayan ibu bapa kita jikalau buruk layanan yang kita berikan maka sudah ketahuan lah bagaimana layanan anak kita kelak terhadap diri kita.

Sudah bekerja sekurang-kurangnya hulur lah sedikit pendapatan kita kepada ibubapa kita. Alangkah manisnya. Pesanan dari seorang ustaz memberi kepada ibubapa sesungguh nya mendatangkan keberkatan dalam kehidupan.

Kepada yang sudah kehilangan kedua orang tua mahupun salah seorang dari mereka jangan lah terlalu bersedih,sesungguhnya Allah Taala lebih menyayangi mereka. Sebagai seorang anak penghubung antara kita ialah doa anak yang soleh.Sentiasa mendoakan mereka dan selalu lah amal kan ayat ini:

"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab" 
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)” 


Kepada sahabat : Farahana binti Abd razak 
                                Ruzaini bin. Ramli
 Takziah yam ucapkan . semoga roh ayah anda berdua dicucuri rahmat .
Al-fatihah (please guy recite it TQ)

p/s: I was crying when typing this. Yaallah semoga kau lindungi keluarga ku YaAllah dan jadikan lah aku anak yang solehah. 







terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)