Friday, August 12, 2011

Cukup kental ke?


Assalammualaikum

wah tup tup dah nak masuk 3rd week of ramadhan kan sangat lekas masa berlalu. Then, raya pastu final *take a deep breath*
masa on pesbuk tadi baru prasan ayuni dah tagged gambar aku masa kat kem ritu. hehe thrill gile tak caya tgk:
thats me mum! di atas jambatan gantung sambil menunjukkan simbol peace*

ni gambar dari dekat memang lah nampak tak cuak hang tengok keseluruhan jambatan gantung ni kental tk kental lah kan

see that. dan kita hanya dibenarkan pijak tali yang kat tengah2 tu jer

ohh men mula-mula tu boleh ampun lagi sampai in the middle je dah rasa macam nak pitam macam-macam pikir cmne kalau tetibe tali ni putus .. aaa. masa tu lah ingat balik segala dosa .
but then after get trough memang sangat seronok nak buat lagi ?ermm hiks.okay mybe next time.

However, ni pengalaman paling chill lah dalam hidup aku berjaya mengatasi kegayatan dan memperlihatkan kemachoan ..hehe.

P/s: slamat menyambut bulan ramadhan dun forget refill kembali segala pahala. 






terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Thursday, July 21, 2011

Trip to Bukit Merah dem awesome!

Assalammmualaikum

alhamdulilah semua selamat sampai ke rumah masing-masing much tengs to our best pilot and the co-pilot too! i rate u 4.5/5 kerana ke'konfidenan bawak van .

van baru! seronok kerusi pun empuk lagi 
makanan dia pun kira set (set 5 orang RM71.50) murah kan ikan 3 rasa dia sedap sgt!
ini apartment yg kami sewa *3 bilik for only RM160 per night WOW!
ini dinama kan 'us' hehe

oh haah gambar main dekat air tade tk upload lagi.btw, trip ni sangat seronok aku yang kene kira budget ni alhamdulilah semuanya di dalam kawalan. Dekat sini yang bestnya macam-macam aktiviti kita leh buat , ade pulau orang utan ,waterpark..tapi gelongsor dia tk banyak paling thrill pun menatang ni:
boomerang sumpa aku tak naik . gila cuak tengok bebudak lain main .

swimming pool!
banyak dan banyak lagi gambar malas nk upload memanyak tengok saja di muka buku. btw esok pulak kene pergi kem kat dusun eco resort. haii dapat rehat bape jam je. bengang tu ade jugak tapi nk wat camne kan nama pun dah WAJIB. 

sekurang-kurangnya dapat jugak lah buang dan bakar lemak-lemak tepu ini. XD mencik! 
kbai nak packing .


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Sunday, July 17, 2011

Makeup pas wudhuk sah ke??

Assalammualaikum

Situasi: Semasa nak solat zuhur kat times square. yeah times square
selepas amik air sembahyang nk pakai bedak compact.
kakekin: eh yam kan baru pas amik wudhuk nnt batal lah wudhuk pakai mekap tuh.
yam : eh yeke? tapi time kat teknik setapak dulu dorang ckp tk batal pun.
kak ekin : betul batal . tapi tak tahu lah.
yam: pulak...~

Anda musykil? mari tanya Dr Mashitah jawab.

Jika sudah mengambil wuduk kemudian memakai bedak asas yang bersifat kalis air atau tidak wuduk masih SAH. Kecuali, jika selepas memakai bedak yang memang dinyatakan kalis air kemudian mengambil wuduk maka tidak sah wuduk , kerana syarat sah wuduk ialah air sampai ke kulit. apa yang penting air sampai ke kulit barulah sah wuduk.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, June 4, 2011

First week in college.

Assalammualaikum

Alhamdulilah dah lepas seminggu,sesi perkenalan dengan lecturer-lecturer yang akan mengajar. Eksited sem ni dapat lec semua yang gempak.tehee ade lima subjek semua nya.

Investment: subjek ni paling core aku rasa sebab jam kredit pun 4. Madam Kat yang ajar well aku memang suka cara dia lecture dengan mata dia yang akan besar kecik besar kecik bila point penting. Bila mata start mengantuk memang sentap lah kau kene panahan mata dia.

Malaysian Economy: Untuk subjek ni Madam Yohana ,first time madam ni ajar tapi jieja cakap dia okay tapi strict sket. Awal-awal lagi kiteorang dah kene perform two group which is untuk group satu kene ada 12 orang untuk pergi bersiar-siar dan buat trip report. Kiteorang bercadang gi bukit merah laketown resort di Perak. *Nak cari van untuk disewa masalah terhebat sekarang ni. Tuk yang second group yang kene buat tu kene ada 5 orang je untuk presentation yang tak bestnya tergroup dengan seseorang yang suka buat muka haihh *aku lagi suka dia buat muka dari dia tak buat kerja,tehee tu yang ambik je lah.


Organizational Behaviour: Sir Sufian muda lagi baya kakmai 26 dah bertunang . Best jugak lah dia mengajar, al-maklum lah motivator ade aura tersendiri nak attract attention pelajar.

Operation Management: Madam Azzah agak laju kut dia ajar aku baru nak tulis 'the' tetibe dia dah muka surat sebelah haha memang style lah. Madam rupanya dah mengandung 6 months masa dia ajar aku sem lepas tak nampak sangat . walaupape pun aku doakan yang terbaik untuk madam serta baby beliau.

Human Resourse: Pergh subject ni paling seronok sebab lecturer yang mengajo pun menyeronokkan Miss bibi . Cara dia eleborate point memang terbaik! lagi satu miss ni je yang first week dah kerah student wat presentation tapi okay lah tade lah pepetang jumaat tu menguap jer. haritu group aku present dapat 7 out of 10. kool kan.

Patut nya sem ni kene ambik MUET tapi entahlah daftar untuk muet tinggal 2 minggu lagi aku still lagi tak tau nak decide whether sem ni atau sem depan . Sebab classmate aku semua nak daftar next sem karang aku je nak amik sem ni mahunya candidate A je yang wujud . hekhek .

till then.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Tuesday, May 31, 2011

Senior bro.

Assalammualaikum
**short update**
Melangkah ke semester baru , sejenak baru perasan aku dah semester 5.
Oh men tinggal lagi satu sem sahaja pastu insyaallah sambung terus degree.
Pointer sem ni alhamdulilah meningkat 0.32 *maklum lah baru cuba makan kismis hee
Minggu pertama tak banyak benda cuma banyak duit terbang (duit buku).
Banyak jugak core paper tapi akan ku harungi dengan penuh gigih .


Baru-baru ni penyakit aku datang balik last paling teruk dekat plkn then entah macam mana datang balik. humph hanya mampu berdoa .harap-harap dapat survive sem ni. nak naikkan cgpa .
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)