Sunday, January 22, 2017

Pelangi Tiada Kini

**Dalam draft hampir 4 tahun** 😭😭

Tahu apa aku paling takut? Aku paling takut kalau aku lupa memori aku dengan abah.. aku paling takut kalau aku lupa suara abah... aku paling takut kalau aku lupa rupa abah ..

Imbas kembali 8.00 malam 28 Jun 2013

aku : "kejap je" entah kenapa aku tetap berkeras jugak nak tukar kan pampers yang abah pakai padahal aku tau semua dah sedia nak baca yassin dah bertelekung bagai. Lepas dah tukarkan pampers abah tiba-tiba kakmai cakap. "lap skali lah badan atas dia sejuk tapi belakang badan panas , abah demam ke ek?" Aku pun lap je lah badan abah guna kain . tiba-tiba masa aku lap dada abah aku prasaan sesuatu , sebab selalu kalau abah bernafas macam kencang sikit macam kita tau lah dia tengah bernafas kan cam orang tido tu tapi waktu tu senyap je dada abah takde sebarang pergerakan langsung . Aku memang dah cuak sangat-sangat . Aku tanya kakmai "eh apasal abah senyap je " Kak mai periksa nadi abah dia ckp "ade lah tapi slow" tapi dia cek lagi kat leher sampai letak jari kat hujung hidung nak rasa angin ade ke tak . Kakyong nampak dia pun dah pelik masa dia suruh kiteorang betulkan kepala abah dah lunyai... Abah dah pergi buat selama-lamanya.. .... Aku tergamam sumpah waktu tu aku terus menangis aku cium dahi abah berkali-kali aku goyang kan bahu abah celikkan mata abah abah tetap kaku macam tu... saat tu aku tau Kakmai tipu masa dia cek nadi abah dia pun nak sedapkan hati kata abah still ada lagi . Malam tu jugak kol semua sedara mara. Bayangkan malam tu jugak aku kene drive gi kuala kubu bharu sebab nak amik anak buah aku Mrsm dia kat sana memang aku drive dah macam orang gila fikiran aku kosong . Esoknya tepat pukul 10 pagi jenazah abah dimandikan di masjid alhamdulilah aku dapat mandikan abah untuk kali yang terakhir waktu last untuk cium jenazah sumpah aku tak boleh tahan sebak . Lama aku cium dahi abah . Masa nak masukkan jenazah dalam liang lahad tiba-tiba ada awan hitam lindung matahari sejurus lepas jenazah abah di kambus terus hilang awan hitam tu. Malam tu kakyong cakap dia berdoa kalau betul tuhan nak tarik nyawa abah biarlah khamis malam jumaat dan kalau Allah masih nak panjang kan umur abah biar aku yang rasa sakit tu. Aku tak sanggup tengok abah terseksa . Semua ni rahsia Allah taala. Ada hikmah nya. *Tahun ni raya tanpa abah... Yaallah moga kau tabah kan diriku serta keluarga ku.
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, November 23, 2013

19 hari ?

Assalammualaikum w.b.t

Setelah sekian lama akhirnya bertemu kembali
Sekarang ni aku sedang meniti hari-hari bahagia.. hik3 13 december 2013 kurang tiga minggu lagi tarikh keramat aku akan bertukar status dari CIK kepada PUAN ... omaigoshh aku baru 22 kot. muda belia lagi bak ang.. PUAN MARIAM BINTI IDI... phew....sukar sukar..

Persiapan... 
Awal2 lagi persiapan kami dah dipersiap kan, alhamdulilah kami berdua pun dh ada kerja tetap seperti yg diketahui 26 januari 2013 awal tahun haritu kami dah bertunang, esok nya terus bukak buku catatan segala belanjawan bulanan aku yg kawal.. kami menyimpan setiap bulan . Oleh kerana aku baru keje aku simpan RM400 sebulan dia pulak RM 1000.00 alhamdulilah hingga november kami dah bayar separuh untuk belanja katering belah perempuan.

A long the way bulan februari hari tu ada ekspo pengantin dekat tesco ampang .. nasib baik ada promosi baik punya RM 13k untuk katering + pelamin + baju.. murah gila bukan... so booked teruihh.

Bulan May dah beli gelang untuk batal air sembahyang dalam RM 1,6k jugak lah regenya amik duit simpanan.. bulan ogos haritu dah beli cincin untuk pengantin lelaki dan perempuan.
Duit simpanan ni wajib ada tau senang apa-apa nanti tayah tunggu gaji, lagipun dah boleh terap semangat menyimpan utk lepas kawin nnt.

Oktober lepas dah amik simpanan untuk deposit rumah sewa, senang sikit sebab selama ni dia duk rumah sewa dengan kengkawan tapi for the time being dia dah start duduk dekat rumah sewa kami tu .. hihi
cat perabot semua slow2 kayuh.. lepas keje 2 tahun insyaallah kami akan apply utk housing loan ..

Persiapan dari segi mental:-

Banyak buku2 ilmiah aku baca dah insyallah akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
banyak jugak dengar pendapat2 dari kakak2 kat opis yg dah kawin..

Moga rezeki lepas kahwin murah amin.

19 hari je lagi,,, cuak tu memang tayah cakap lah noh..
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, March 16, 2013

Officially tunangan orang

Alhamdulilah sudah masuk 2 lebih kami bergelar tunang. lupa nak ucap terima kasih bebanyak kepada sedara mara , kawan-kawan teknik setapak(mira biella,mek,kiki &fiefa) , kawan-kawan diploma (semah ,gee bestie), kawan-kawan sekampung (elli & aini)..heee <3 br="" nbsp=""> Dugaan bertunang ni sampai sekarang tak sangat lah terasanya sebab masing- masing sibuk dengan kerja tapi tapi walaupun sibuk waktu  balik kerja dia akan amik aku dari opis dinner sama-sama baru balik. usually aku akan OT sampai pukul 8 so by that time encik tunang akan bergegas menempuh jem nak ke masjid jamek dari damansara .

Paling penting dalam hubungan ni ialah bertolak ansur apa yang tak puas hati slow talk elok-elok jangan terus-terus mengamuk memendam memarah me me yg sewaktu dengan nya lah .

Orang kata dalam tempoh bertunang ni darah tengah manis cepat sangka buruk fikir bukan-bukan tapi bagi kami  ,  masa kitaorang mula-mula kapel pun 3 prinsip ni kiteorang pegang HORMAT,PERCAYA,SETIA.
Persiapan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan adalah 50%....





  • makeup  done
  • pelamin done
  • katering done
  • baju done
k lah till then ... muahhhhh 

terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Sunday, January 6, 2013

Countdown..

Assalammualaikum

Bersawang nya ishk2 so saadd....
first of all, tahniah kepada diri sendiri sebab sudah jadi permanent di Hsbc bank. Alhamdulilah. harini 6 januari 2012 amagad lagi 20 hari je lagi aku akan bergelar tunangan orang. Ianya sangat scary dan eksited hoccay.

Hantaran aku berbalas 7-5..here are some tips

* Kalau elok barang hantaran ni disediakan sebulan sebelum majlis.
takde lah kelam kabut . hantaran semua buat sendiri DIY kau. shopping dkt nilai habis dalam RM100 jugak lah tapi puas hati barang2 yang aku nak semua ada.

Belah perempuan bagi 7 iaitu:
1.sireh junjung
2.coklat
3.sejadah + kain pelikat
4.kain sepersalinan
5.cupcakes
6.buah-buahan
7.pulut kuning (mak orang perak maka faham2 lah)

Belah lelaki bagi
1.sireh junjung
2.coklat
3.buah-buahan
4.telekung
5.cupcakes

kebanyakan nya mak sedara sponsor adikbradik sangat jimat lah pada aku .
Oleh kerana tunang ni dah bagi hantaran maka mak cakap untuk kawen nnt tak perlu lagi lah hantaran bagai sebab tunang dah bagi. well, jimat lagi yuhuuu.

Untuk cincin tunang nnt aku guna cincin belah rotan je sebab serabut lah nak pakai banyak2 cincin . Plus cincin belah rotan tu dah tulis nama kat dalam dia (m&m) stand for mariyam & mahaifis . suka suka ! semalam beli lagi satu cincin untuk kak mai sebab aku kan langkah bendul so kene lah bagi something mak ckp. untuk cincin langkah bendul beli cincin yang ada batu satu je dkt pohkong. kos dalam RM 500 jugak lah.

Makeup untuk tunang nanti mintak tolong kawan mak . =) jimat kos

untuk gambar nanti mintak tolong kawan basha =) jimat kos lagi

Semalam aku dah booking awal2 katering. gila punya awal tapi seelok2nya mmg setahun awal pun. majlis nikah nanti mungkin bulan 12 ni. cadangan tarikh nya 14.12.13 tapi nikah malam jumaat tu tarikh cantikn sangat 13.12.13 kan2?
katering kiteorang amik 800pax semua sekali dalam 12ribu jugak lah. Slow-slow
kumpul duit.

untuk baju pulak semalam g nilai dah beli dah baju sanding utk belah lelaki dan perempuan . Belah perempuan warna peach brownish camtu belah lelaki silver. hah kene cari tailor lagi kasi jahit itu baju total kain semalam pn dah RM550.

Moga segalanya berjalan lancar. dan tips dari aku kalau boleh cuba survey2 mana2 kedai dulu jangan terus beli . dan kalau boleh mintak tolong keluarga saudara terdekat . Macam aku kos untuk bertunang ni bawah RM 1500 je. Kenduri untuk tunang mintak tolong sedara mara masak, dan sponsorship makanan dari abang ipar =)

lovelovelove, till then
tata .






terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Friday, June 22, 2012

Keje ke?

Assalammualaikum

Dah lama rasa nya tak hupdated lebih kurang 3 bulan ekceli lupe paswed .=P
aku sebenarnya dah seminggu 3 hari menganggur since my dad not well dan tiada siapa nak tengok dia kat rumah. But im still continue searching a better job and a better salary alhamdulilah dis becoming monday i got interview to attend position as customer service in RHB bank .

My late job tak berapa ngam dengan soul aku woit2 its not that im to fussy tapi buat audit dan tax agak sukar untuk budak bisnes cam aku i have no basic regarding audit and tax.. akaun apatah lagi sikit2 debit kredit boleh lah tapi kira bank recon, semua tu nangis kot. Last before aku benti aku kene marah teruk sebab tak tahu trade receivable tu ape... loser gila aku rasa mana lah aku tau sama dengan trade debtor... nangis sepuas2 nya dalam bilik air opis time tu....

k lah nak out ngeee <3 bai
terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)